Sunday 3 July 2011

Bertaubat ..

  1. Bertaubat ada mempunyai tiga rukun.
     
    Pertama : Meninggalkan segala amalan yang salah yang anda lakukan. 
    Kedua : Menyesal dengan segala perbuatan yang salah yang telah lalu. 
    Ketiga : Berazam benar-benar tidak akan mengulangi lagi akan segala kesalahan itu. 

    Disamping itu hendaklah diqadak segala suruhan-suruhan Allah yang tidak dibuatnya dimasa silam. seperti sembahyang, puasa dan lain-lain lagi.
     
  2. Jikalau anda benar-benar bertaubat dengan mengikut akan segala syarat-syaratnya Allah akan ampunkan segala dosa anda.
     
  3. Tidak memadai anda belajar melalui kaset dan video sahaja. Bahkan anda mestilah sanggup berhadapan dengan guru. Hendaklah anda buang sifat malu anda itu yang tidak kena pada tempatnya, tidak seharusnya seseorang itu malu kerana belajar, terutama pelajaran agama.

     

Saturday 2 July 2011

MENGHINDARI SIHIR DAN ILMU HITAM

Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam


Maksudnya: "Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, adalah sihir. Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakan-Nya kepadaku). Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa."
(Surah Yunus: 81-82)

Friday 1 July 2011

Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam


Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).



Thursday 30 June 2011

ilmu hitam


Dalam budaya orang Melayuilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam merangkumi yang diamalkan ada berkait rapat dengan jin atau makhluk halus.
Mengikut ulama, pengamalan ilmu yang tidak berlandaskan yang Maha Esa boleh membawa kepada syirik. Ini bererti sebarang bentuk sihir adalah dilarang muthlak.
Bagaimanapun menurut pandangan barat, kaitan antara ilmu hitam dan ilmu putih terbahagi kepada beberapa teori, antaranya adalah teoriKesemuanya sebagai Satu (All as One), teori Tiada Kaitan (No Connection), dan teori Berasingan tetapi Sama (Separate but Equal).
  • Kesemuanya sebagai Satu: Semua bentuk sihir adalah jahat, atau ilmu hitam. Ugama yang memegang pendapat ini merangkumi sebahagian besar ugama utama IslamKristianagama YahudiBuddha dan Hindu. Pandangan ini biasanya mengaitkan ilmu hitam dengan Satanisme.
  • Tiada Kaitan: Ilmu hitam dan putih adalah bentuk sihir, tetapi asalnya berlainan, dan terhasil dengan cara yang berbeza, walaupun menghasilkan kesan yang serupa. Kedudukan ini adalah yang paling sering ditonjolkan dalam careka, termasuk sebahagiannya dalam siriHarry Potter.
  • Berasingan tetapi Sama: Sihir hitam dan putih adalah perkara yang sama, dibezakan oleh matlamatnya. Di bawah pendapat ini, mentera yang sama boleh menjadi hitam atau putih; ia ditentukan oleh hasil akhirnya. Kebanyakan ugama lain memegang pendapat ini, termasuk juga cereka lain yang tidak menurut teori semuanya sama.